Jenis-Jenis Alat Gendongan (Baby Carrier)

Baby carrier (alat gendongan moden) datang dalam pelbagai jenis dan gaya untuk memenuhi citarasa dan keperluan masing-masing.

Memilih baby carrier untuk si manja boleh menjadi satu tugas yang amat memeningkan kerana terdapat begitu banyak pilihan dari segi jenis, gaya, material dan saiz.

Sebelum anda bercadang untuk membeli, lebih-lebih lagi jika ianya untuk pertama kali, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara seperti di bawah.

Berapa lama anda bercadang untuk mengendong (babywearing)?
Adakah ianya digunakan untuk beberapa bulan pertama, pada tahun pertama atau jangka masa lebih lama?

Siapa yang akan menggunakan baby carrier itu?
Adakah ia digunakan secara eksklusif oleh anda sahaja atau adakah anda akan berkongsi dengan pasangan atau penjaga yang lain? Ini kerana sesetengah carrier mempunyai saiz tertentu dan tidak sesuai untuk digunakan oleh penjaga yang berbeza saiz badan.

Adakah anda ingin untuk membeli hanya satu baby carrier sahaja sepanjang perjalanan babywearing anda?
Adakah anda memerlukan lebih daripada satu carrier untuk situasi yang berbeza, umur, dan kegunaan? 

Berapa bajet anda?
Kebanyakan baby carrier berkualiti tinggi dan ergonomik berharga dalam lingkungan RM200 ke atas. Oleh yang demikian, anda harus membuat pilihan mengikut budjet anda selesa. Anda juga boleh mendapatkan baby carrier “preloved” kalau budget kurang. Cuma pastikan baby carrier dalam keadaan yang baik. Elakkan membeli carrier yang terlampau murah kerana lazimnya carrier jenis ni banyak yang palsu (fake), tidak ergonomik, mengandungi bahan kimia merbahaya serta kualiti yang teruk.

Jenis-jenis Baby Carrier yang popular

Kain tenun (Woven Wrap)
Kesesuaian: dari lahir – tadika
Tahap masteri: sederhana
Gendong yang menggunakan kedua dua bahu
Posisi gendong: depan, belakang, sisi (pinggul)
Ciri-ciri: Sehelai kain tenun panjang, 26-30 inci lebar, 2-6 meter panjang. Mempunyai pelbagai cara ikatan untuk posisi gendongan yang berbeza. Ianya datang dalam pelbagai jenis kain seperti kapas, linen, sutera dan sebagainya. Mudah di laras untuk memenuhi keperluan khusus pemakai individu. Keluk pembelajaran untuk mengikat “wrap” mungkin kelihatan sukar pada mulanya walaubagaimanapun, lama-kelamaan ianya akan menjadi mudah.

Kain elastik (Stretchy Wrap)
Kesesuaian: baru lahir – 7-8kg
Tahap masteri: sederhana
Gendong yang menggunakan kedua dua bahu
Posisi gendong: hadapan sahaja
Ciri-ciri: sehelai kain elastik/kenyal panjang, 26-30 inci lebar, 5 meter panjang. Kain yang boleh pre-tied and senang untuk masukkan serta keluarkan bayi. Kemungkinan panas untuk tempat bercuaca panas (kerana material yang digunakan), akan mula melendut apabila bayi 7-8kg.

Ring sling
Kesesuaian: baru lahir – tadika
Tahap masteri: sederhana
Gendong sebelah bahu (one shoulder carry)
Posisi gendong: hadapan, sisi, belakang (belakang hanya untuk pengendong yang mahir)
Kriteria: sehelai kain tenun (lebih kurang 2 meter panjang), berjahit, menggunakan sepasang ‘ring aluminium atau nylon’ yang diuji selamat.  Pada penghujung bertentangan, di masukkan kedalam rings logam tersebut dan di laraskan mengikut keselesaan pemakai. Tidak disarankan buat pengguna yang mempunyai masalah tulang belakang serta masalah bahu dan leher sensitif. Ring Slings boleh didapati dalam pelbagai fabrik daripada kapas hinggalah sutera mewah. Baki panjang sling (tail) boleh digunakan untuk menghalang cahaya matahari, perlindungan semasa menyusu/nursing, pelapik kepala bayi dan pelbagai lagi kegunaan.

 

Pouch
Kesesuaian: baru lahir – tadika
Tahap masteri: Mudah
Gendong satu bahu
Posisi gendong: depan, sisi
Kriteria: sehelai kain tenun panjang berjahit, mempunyai saiz tertentu, tidak disarankan buat pengguna yang mempunyai masalah tulang belakang dan masalah bahu dan leher sensitif.  

Sling pouch adalah tiub kain yamg ringkas, dipakai pada satu bahu seperti sling cincin tetapi tanpa keupayaan untuk melaras saiz sling setiap kali ia digunakan.

Sling Pouch tampak anggun, mudah untuk digunakan, murah, dan mudah untuk dibawa dalam beg lampin atau tas tangan. Walau bagaimanapun, kerana kantung yang bersaiz tetap, sukar untuk berkongsi antara ibubapa dan dipasang dengan betul untuk keselamatan dan keselesaan.

 

SSC (Gendong berstruktur lembut)
Kesesuaian: 4 bulan – tadika
Tahap masteri: Mudah
Gendong yang menggunakan kedua dua bahu
Posisi gendong: depan, belakang, sisi
Kriteria: Bentuk seperti beg sandang, bahagian bahu dan pinggang mempunyai lapik ‘foam’ dan menggunakan ‘buckle’. Sebelum dibeli, eeloknya dicuba bersama bayi untuk memastikan kesesuaian dengan bayi. 

Soft Structure Carrier (SSC) menggabungan keselesaan, kemudahan akses yang menarik perhatian pengguna.

Kebiasaannya, SSC mempunyai padding yang tebal, tali pinggang dan tali bahu untuk keselesaan, ergonomik dan boleh digunakan pada arah depan, belakang, dan pada pinggul kiri atau kanan.

Tali biasanya boleh laras untuk diketatkan dan ciri-ciri tambahan seperti tudung, poket depan, dan lain-lain.

SSC mudah untuk digunakan dan dipasang berbanding sling atau Mei Tai yang memerlukan kemahiran mengikat.

Sesetengah carrier memerlukan penggunaan sisipan bayi khas untuk bayi yang mempunyai berat badan dan saiz tertentu, tetapi kebanyakkan carrier berkualiti, ergonomik boleh digunakan sehingga umur 2 tahun.

Terdapat pelbagai jenis carrier yang sesuai mengikut bajet, citarasa dan gaya yang menjadikan ia jenis baby carrier yang paling popular.

Meh Dai
Kesesuaian: 4 bulan – tadika
Tahap masteri: Sederhana
Gendong yang menggunakan kedua dua bahu
Posisi gendong: depan, belakang, sisi
Kriteria: diperbuat daripada kain, bahagian pinggan dan strap bahu dijahit ke panel berbentuk segi empat, tali pinggang dan bahu diikat (tiada buckle). 

Mei Tai salah satu bentuk baby carrier tradisional yang popular di sebahagian negara asia, terutamanya di china. Ia mempunyai panel kain dengan dua tali pendek yang lilit di sekitar pinggang dan dua tali lagi untuk melilit atas bahu. Mei Tai Modern diletakkan pad untuk keselesaan tambahan untuk pemakainya dan dan mempunyai rekaan corak yan menarik.

Oleh kerana ia tidak mempunyai “buckle” anda perlu mengikat setiap kali menggunakkannya.

Mei Tai sangat mudah untuk digunakan dan boleh dipasang menghadap ibu, ke depan dan juga sebelah pinggul kiri atau kanan. Sesuai dan selamat untuk baby baru lahir.

Onbuhimo

Kesesuaian: 8 bulan – tadika 
Tahap masteri: Sederhana
Gendong yang menggunakan kedua dua bahu
Posisi gendong: belakang
Kriteria: Bentuk seperti beg sandang, bahagian bahu mempunyai lapik ‘foam’ dan menggunakan ‘buckle’. Tiada waistband. Sebelum dibeli, seeloknya dicuba bersama bayi untuk memastikan kesesuaian dengan bayi. 

Kebiasaannya, Unbuhimo mempunyai padding yang tebal pada tali bahu untuk keselesaan, ergonomik dan boleh digunakan untuk “backcarry”.

Tali bahu biasanya boleh laras untuk keselesaan pengguna. Sesuai untuk anak/bayi yang dah boleh duduk dengan sendiri. Menjadi kegemaran ibu mengandung kerana tiada waistpad yang tekan kat perut. 

Nota : Tak sesuai untuk orang yang ada bahu yang sensitif kerana berat bayi hanya bergantung pada kedua-dua bahu berbanding SSC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *