Menentukan alat gendongan yang sesuai untuk bayi baru lahir

Menentukan alat gendongan yang sesuai untuk bayi baru lahir

Pemilihan alat gendongan (baby carrier) yang sesuai adalah penting lebih-lebih lagi untuk bayi yang baru lahir kerana bayi masih tak mempunyai kawalan kepala yang stabil. Jika anda berhasrat untuk menggunakan alat gendongan bayi dengan bayi yang baru lahir (di bawah 4 bulan), adalah amat penting untuk anda memahami keperluan khusus bayi dalam lingkungan umur ini. Bayi yang baru lahir biasanya mempunyai berat badan di antara 2.5kg hingga 4kg + dengan purata kira-kira 3kg + semasa lahir. Preemies atau bayi pra-matang akan lebih ringan dari berat yang disebutkan tadi.

Kebiasaannya, otot-otot leher bayi baru lahir adalah lemah.  Apabila bayi cukup kuat untuk mengangkat kepalanya dan berpaling sendiri, mereka dikatakan telah mencapai “kawalan leher” (head control), selalunya dalam lebih kurang 4 bulan.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui adalah semua bayi dilahirkan dengan kedudukan kaki seperti tengah bertinggung, ianya menyerupai posisi mereka di dalam rahim. Dengan itu, bayi lebih selesa di gendong dalam posisi kedudukan “M” dengan kaki mereka rapat atau “gaya froggy” (spread squat position). Lihat rajah dibawah.

source : http://www.babywearingschool.com

 

Tulang belakang bayi baru lahir berbentuk “C” dan ia akan mengambil masa  lebih dari satu tahun untuk berkembang ke bentuk S melalui tiga peringkat. Pada peringkat pertama, perkembangan tulang belakang adalah pada bahagian paling atas (bahagian servikal),  perkembangan ini membolehkan bayi untuk mengawal kepalanya (sekitar 4 bulan). Peringkat kedua berlaku apabila bayi boleh duduk, biasanya sekitar 9 bulan, otot-otot di tengah-tengah tulang belakang (bahagian toraks) semakin kuat dan membantu menyokong belakang bayi. Pada peringkat ketiga, bahagian belakang (lumbar area) akan mula lurus dan hujung tulang belakang akan melengkung keluar membentuk “S”. Tahap ini tercapai apabila bayi mula belajar berjalan, biasanya sekitar 12-18 bulan.

source: http://www.babywearingadvice.co.uk/anatomy.htm

 

Alat gendong yang sesuai untuk bayi baru lahir

Wrap

Stretchy Wrap

Ring Sling

Soft structured carrier (SSC) yang sesuai untuk bayi baru lahir

Emeibaby

LennyUp

Kokadi Flip

Ergobaby Omni

Ergobaby Adapt

Fidella Fusion

Tula Free-to-grow

Manduca Duo

Boba X

Soul AnoonA

Soul AseemA

Baby Vibes Start (Local)

Tugeda Ideal (Local)

ARTIPOPPE Zeitgeist convertible

TBA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *